berita diperolehi daripada "Berita Harian Online" 5 jun 2011
isteri "dingin' di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti 'pelacur kelas pertama'bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebalikny beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.
Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
pendapat aku:
apa itu pelacur kelas pertama- pelanggan boleh buat sesuka hati mereka kerana mereka membayar mahal untuk mendapatkan ape yang meraka inginkan ..ibarat seperti hamba..cuma hamba nie die bayar mahal untuk memuaskan nafsu binatang mereka..dan mereka tidak bersungut lansung..semua kehendak akan dituruti walaupun menyakitkan dah tidak menyenangkan..
aku bersetuju dengan tajuk diatas.. tetapi aku tak bersetuju dengan aper yang diperkatakan oleh dr royaha terbabit..menyamakan seorang isteri dengan pelacur..bukan kah islam tue meletakkan taraf isteri itu lebih baik dari pelacur. fahami aper maksud pelacur itu sendiri..
ok maksud DR rohaya tue seks macam pelacur kelas pertama..
aku tak setuju..hubungan intim harus ada keselesaan antara kedua pihak...bukan hanya untuk satu pihak sahaja..sepatutnya seorang suami tak boleh memaksa sekiranya isteri tidak selesa...dah isteri tidak perlu menolak jika tidak mendatangkan kemudaratan..pokok pangkalnya kesefahaman...
Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang),
adakah semua perempuan kat dunia nie menyamai pelacur.? kenapa mesti nak samakan dengan pelacur..tak adakan benda2 yang baik yang boleh disamakan..betul lelaki ada nafsu seks yang kuat dan islam itu sendiri membenarkan lelaki bekahwin lebih dari 4... dan masaalahnya tak semua lelaki mampu berkahwin 4. adakah lelaki nie hidup kat dunia nieh hanya mencari kepuasan seks sahaja.. dah perempuan nie hanya alat pemuas sahaja..
seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.
contohnya sekiranya suami nak meliwat isteri..maka dibolehkan lah..sbb isteri perlu penuhi keinginan suami..aper yang suami ingin kan dan isteri mesti turuti walaupon ada antaranya menyakitkan dan tidak disenangi isteri..
taatkan suami -
seorang isteri perlu taatkan suami... kalau suami tu pukul macam orang gila perlukah seorang isteri tue taat pada suaminya..mmg islam tue menyuruh isteri mentaati suami tapi selagi segala perintahnya tidah bercanggah dari islam..
respon pembaca mengenai kenyataan Dr rohaya nie.
SAYA ingin memberi respons kepada laporan bertajuk ‘Layan macam pelacur; Isteri dingin diranjang punca lelaki cari kepuasan di luar’ yang disiarkan pada 5 Jun lalu.
Kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed itu amat memeranjatkan dan membuat saya tertanya-tanya apakah konsep bagi sebuah perkahwinan yang berjaya hanya bersandarkan kepada kepuasan seks suami semata-mata? Perasaan saya juga amat terganggu dengan kenyataan beliau yang menyatakan seorang isteri hendaklah melayan suami seperti pelacur kelas pertama yang pada pandangan saya beliau meletakkan maruah seorang isteri di hujung kaki suami sedangkan martabat perempuan atau isteri jelas diangkat dalam al-Quran. Saya ingin merujuk kepada sepotong ayat al-Quran 2:187 ‘….Isteri-isteri kamu itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula sebagai pakaian bagi mereka.’ Ayat di atas dinyatakan dengan jelas bahawa suami dan isteri mempunyai hak sama dalam hubungan seksual mereka.
Ini bercanggah dengan kenyataan Dr Rohaya bahawa isteri yang taat harus memberi layanan seperti pelacur kelas satu bagi mengelakkan suaminya mencari keseronokan di luar.
Saya juga ingin memberikan respons mengenai kenyataan keduanya yang berbunyi ‘Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual….’
Terdapat sepotong hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullallah SAW dalam rumah tangga? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing.’
Saya ingin membawa pembaca ke alam realiti di Malaysia di mana isteri dipertanggungjawabkan membuat kerja rumah sedangkan mereka mempunyai kerjaya. Sudahlah berhempas pulas membantu suami mencari rezeki, kini isteri dipersalahkan pula jika tidak dapat memberi layanan seksual kelas satu terhadap suami.
Kenapa tidak suami yang mempunyai nafsu besar itu menjaga nafsunya dan memperbanyakkan ibadat di samping berbincang dengan isteri bagi menyelesaikan masalah seksualnya?
Kenapa kesalahan suami harus dipikul oleh isteri? Kenapa isteri perlu melakukan apa saja untuk memenuhi keinginan suami? Tolong berpijak di bumi yang nyata.
NuroolKuala Lumpur
Pendapat Aku:
apakah konsep bagi sebuah perkahwinan yang berjaya hanya bersandarkan kepada kepuasan seks suami semata-mata?
apakah konsep bagi sebuah perkahwinan yang berjaya hanya bersandarkan kepada kepuasan seks suami semata-mata? aper maksud perkhawinan dalam islam sebenarnya..perkahwinan tue memghalalkan yang haram bagi lelaki dan perempuan dan meramaikan umat islam..so adakah kawin tue untuk seks sahaja...meletakkan mertabat wanita tue rendah..ibarat hamba seks.. cuma hamba nie tak dikongsi ramai2..dan tak dibayar setiap perkhidmatanya..
seorang isteri hendaklah melayan suami seperti pelacur kelas pertama yang pada pandangan saya beliau meletakkan maruah seorang isteri di hujung kaki suami sedangkan martabat perempuan atau isteri jelas diangkat dalam al-Quran
saya satuju sengan kenyataan nurul..bukan kah mertabai seorang isteri tu mulia disisi suaminya..dah suami harus melayang isteri seperti insan bukan hamba..
Kenapa kesalahan suami harus dipikul oleh isteri? Kenapa isteri perlu melakukan apa saja untuk memenuhi keinginan suami?
seperti aku katakan tadi..seorang suami perlu melindungi isterinya..wanita orang yang lemah sebb itu lelaki dijadikan pemimpin..dan suami sebagai ketua keluarga..sepatutnya kesalahan isteri harus dipikul oleh suami kerana kegagalnya mendidik isterinya..ni dah terbalik pula..seharusnya rasa hormat dah saling memahami tue perlu suami terapkan pada isteri supaya rumahtangga lebih aman.. bukan ikut hati, ego dan nafsu yang membuak-buak sahaja..
mak aku ada pesan kat aku.."jaga makan pakai suami dan yang penting makananya di tempat tidur.." terpulanglah pada kita nak buat cam mana sebagai seorang isteri..dan sebagai suami tak pelulah ego dan menjadikan isteri tue seperti hamba seks..kawal nafsu tue sebb semua ni adalah godaan dari syaitan.. dan jangan ingat berpoligami nie semata2 hanya seks sahaja...bagi aku sekiranya suami tue melayan isteri dengan baik, manja dan romantik mungkin isteri akan mengikut segala kehendak suaminya.. bukan kah perempuan itu lembut hatinya..ingikan kasih sayang..so gunakanlah dan akan dapat apa yang diharapkan.. bukan dengan paksaan..
mungkin kata2 aku nie dari pandangan orang yang belum berkahwin lagi..dan tidak lama lagi aku pon akan berkahwin dan menjadi isteri orang..dan aku amat membantah suami berpoligami..dan pandangan aku lelaki mmg kuat nafsu..kita sebagai wanita perlu bijak bagai mana menanganinya.. bukan jd seperti pelacur..
No comments:
Post a Comment