hit my page

Free Hit Counter

Wednesday, June 15, 2011

lagi skali..aku tak paham dengan dunia skrg nie..

sumber dari kosmo online 9 jun 2011.

Ahli Politik Kuwait Cadang Lelaki Simpan Hamba Seks...


KUWAIT - Seorang ahli politik wanita Kuwait, Salwa al-Mutairi (gambar) mencadangkan supaya golongan lelaki dibenarkan menyimpan hamba seks yang terdiri daripada kalangan banduan wanita bukan Muslim di negara-negara yang dilanda peperangan, lapor sebuah akhbar semalam.

Salwa menyatakan bahawa menyimpan hamba seks dapat menyelamatkan lelaki dewasa Kuwait daripada berzina yang boleh menghancurkan perkahwinan.

Dia menyatakan, semasa mengunjungi Mekah, dia pernah meminta pandangan beberapa cendiakawan Islam mengenai hamba seks.

Menurutnya, mereka memberitahu bahawa hamba seks tidak haram.

Aktivis politik dan pengacara televisyen itu berpendapat cadangan tersebut dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada tahanan perang wanita yang kemungkinan bakal meninggal dunia akibat masalah kelaparan ketika berada dalam penjara.

Salwa berkata: "Sebagai contoh, di Chechnya, pastinya terdapat tahanan wanita Rusia. Justeru, pergilah ke sana, beli mereka dan jual wanita tersebut di Kuwait.

"Tiada apa yang perlu dimalukan dalam hal ini dan ia tidak haram (dilarang) di bawah hukum syariah Islam."

Dia mengambil contoh pemerintah Islam pada abad kelapan, Haroun al-Rashid yang didakwa menyimpan hampir 2,000 orang gundik.

Salwa turut memberi cadangan agar pejabat-pejabat yang menjalankan perniagaan menjual hamba seks itu dibuka kerana ia memiliki persamaan seperti agensi yang melatih khidmat pembantu rumah.

Cadangan Salwa itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan dan reaksi negatif daripada umum yang melemparkan kemarahan menerusi laman Twitter ekoran saranan tersebut. - Agensi

pendapat aku..

aku rasa minah ni tersalah tafsir kot..dalam islam adaker hamba seks.? cam pelik lah pulak..tapi zaman dulu2 ada tapi pada zaman tue hanya untuk memerdekakan hamba ..skrg nie masih wujudkah hamba....

sumber yang aku perolehi dari internet mengenai hamba..


SOALAN: Apa yang dimaksudkan dengan malakul yamin (budak yang dimiliki) dalam firman Allah s.w.t pada ayat 5 dan 6, surah al-Mukminun (terjemahannya) : Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak yang mereka miliki. Sesungguhnya dalam hal ini, mereka tidak akan dicela.
Ingin Penjelasan,Taiping, Perak.

JAWAPAN: Malakul yamin adalah hamba-hamba yang diperoleh menerusi peperangan yang mendapat pengiktirafan dalam Islam atau mereka yang berketurunan hamba.

Dalam Islam, mereka yang memiliki hamba wanita (dalam kategori malakul yamin) dibenarkan `menikmati' hamba wanita tersebut - selepas memerdekakannya - sebagaimana yang `dinikmati' oleh sepasang suami isteri, tanpa perlu kepada akad nikah, mas kahwin atau saksi.

Bilangan hamba wanita berkenaan yang boleh dimiliki oleh seorang lelaki itu juga tidak dihadkan, berbeza dengan perkahwinan dengan wanita yang merdeka (bebas), yang dihadkan jumlahnya tidak melebihi daripada empat orang dalam satu tempoh jagaan.

Melihat kepada fenomena ini, mungkin ada sesetengah pihak yang menganggap ia adalah bertujuan untuk memuaskan nafsu lelaki serta memberikan keseronokan tambahan kepada mereka.

Namun, hakikat sebenarnya ialah ia merupakan salah satu cara daripada pelbagai cara Islam untuk memerdeka dan membebaskan seseorang hamba.

Ini kerana, seorang hamba wanita yang mengandungkan anak tuannya tidak boleh dijual atau diberikan kepada orang lain sebagai hadiah.

Selain itu, dia juga tidak berhak mewarisi harta pusaka apabila tuannya meninggal, bahkan dia dan anaknya secara automatik menjadi insan yang bebas dan merdeka, bukan lagi sebagai seorang hamba.

Dalam isu ini, perkara yang ditegah ialah mengahwini hamba wanita dengan akad nikah dan mas kahwin seperti yang dilakukan apabila mengahwini seorang wanita yang merdeka.

Namun ia (kahwin hamba wanita dengan akad) dibenarkan dalam dua keadaan iaitu tidak mampu menyediakan mas kahwin untuk wanita merdeka dan keduanya, bimbang akan melakukan zina jika tidak berkahwin.

Ini berdasarkan firman Allah s.w.t pada ayat 25, surah al-Nisa', maksudnya : Dan barangsiapa di antara kamu (orang merdeka) yang tidak cukup perbelanjaan untuk mengahwini wanita merdeka serta beriman, ia boleh mengahwini wanita beriman dari budak-budak yang kamu miliki - sehingga kepada maksud ayat - (Kebenaran mengahwini budak hamba itu) adalah bagi mereka yang takut kepada kesulitan menjaga diri (dari perbuatan zina) di antara kamu dan kesabaran itu lebih baik bagimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Rahsia atau hikmat di sebalik tegahan dan larangan mengahwini hamba wanita berkenaan dengan akad, mas kahwin dan saksi adalah kerana ia akan menjadikan anak-anak yang lahir hasil daripada hubungan itu kekal sebagai hamba , bukannya merdeka.

Ini bertentangan dengan prinsip Islam yang mahu mengurangkan bilangan hamba, bukannya menambahkan lagi jumlah golongan itu.

Sehubungan itu, dua (maksud) ayat yang terkandung di dalam soalan di atas memberitahu bahawa kaum Mukminin ialah mereka menjaga diri daripada sebarang hubungan yang diharamkan.

Mereka juga tidak dibenarkan `berseronok' kecuali dengan isteri-isteri merdeka yang dikahwini dengan cara akad nikah atau hamba-hamba wanita yang dimiliki menerusi proses malakul yamin.

Menyentuh mengenai `orang gaji' pada zaman moden ini, mereka adalah manusia yang bebas dan merdeka, bukannya hamba. Menerusi persetujuan dan persefahaman di antara beberapa buah negara, perhambaan kini sudah dihapuskan walaupun terdapat sebilangan kecil negara yang masih mengamalkannya.
SUMBER : Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam.

pendapat aku.

maksudnya hamba tu boleh dinikmati selepas dimerdekakkan.dan ianya bebas..kan berbeza maksud hamba dengan hamba seks..hamba pada zaman dahulu bukan hamba seks.. tapi skarang dah terbalik pulak.. simpan hamba nak lepaskan nafsu..aper nak jd la dengan org skrg nie.. bertuhankan nafsu serakah betul lah.. takut aku...

org gaji bukan hamba yer tuan-tuan.. mereka merupakan pekerja..fahami balik aper makna hamba tue...jgn ikut nafsu serakah jer.

No comments:

Related Posts with Thumbnails
blogger web statistics