hit my page

Free Hit Counter

Thursday, February 16, 2017

Pengalaman Hantu Ker?


Salam

Kali ni aku cuba cerita hantu.. tetiba datang pulak mood nak cerita hantu.

ok aku ingat satu cerita.

Kawasan rumah keluarga aku ni tanah lot. Jadi dalam tanah lot ni ada 8 rumah sewa dan 1 rumah besar iaitu rumah pusaka arwah datuk dan nenek aku. 7 rumah ni sedara mara aku yg duduk termasuk lah aku ngan famili aku.. kata tanah pusaka.. Orang bertanah dulu suka buat rumah sewa kan.

Kawasan rumah aku ni adalah benda menurut cerita mak dan makcik-makcik aku Orang dulu-dulu biasalah membela. Banyak jugak la cerita tak tahu la nak kata seram ke x tapi aku cerita jugak sebagai kenangan aku nanti.

Sebelum ni aku ader cerita mengenai hantu di kawasan rumah aku. Ni link nyer http://qhieekan.blogspot.my/2009/03/selama-ni-tak-perasan.html leh la klik. 

Satu hari ni aku balik dari mengedate ngan encik bf. Masa Tu belum kawen. dalam kira-kira jam 11.00 malam tahun 2010 rasanya. Encik bf masa tu hanya akan hantar di depan pintu gate. Pintu gate satu jer tapi kongsi 9 rumah. Dalam perjalanan ke rumah aku, rumah aku ni hujung skali paling belakang skali. 

Dalam perjalanan balik dan encik bf dah balik pon, aku ternampak kucing aku si misyan kat depan aku tengah sedab bergolek atas pasir. Aku panggil die suh ikut balik, sekali mata aku teriba gatal nak pandang pintu masuk rumah atok aku, kira sekilas pandang cam tu la. Sekali kau... nah..... berdiri kat depan pintu tu putih jer, dari kepala hingga ke kaki. sekali imbas nampak macam pocong. 

Aku berpaling balik ke misyan, then pangil misyan jom balik. Tak berani dak pandang balik kat tempat tu. Tenangkan diri jalan hingga ke rumah. Berderau gak lak masa tu. sekali imbas je la. Memang nampak susuk putih berdiri seakan pocong, tak pikir sebab dan berderau darah dan sekali imbas je. Memamg nampak seakan pocong.

Sampai je rumah lepak jap depan rumah. Berani sikit la sebeb terang. Orang tua kata sebelum masuk bg salam n ckap "sampai sini je pergi balik". masuk rumah basuh muka kaki. Tenagkan hati, relex tengok tv, tak der apa apa, boleh tido. Alhamdullilah.. selamat..

Lain masa aku sambung lagi, lepas ni cerita kat Bagunan Daya bumi. Office lama.






No comments:

Related Posts with Thumbnails
blogger web statistics