hit my page

Free Hit Counter

Monday, May 28, 2018

BATU KARANG HEMPEDU GALLBLADER part 1


Hari aku nak simpankan kenangan aku dapat penyakit ini. Dari hari ni hampir setahun dah aku ada penyakit ini. Sekarang ni aku msudah pon buang hempedu.
Sakit itu penghapus dosa. Yup aku redha.

Untuk pengetahuan aku x der ambik apa supplimen sbb aku mmg x minat even jamu pon aku x makan sbb bagi aku tu semua x perlu untuk badan. Bagi aku la. Ubat bila sakit makan. Ubat hospital/Klinik aku makan dan aku juga makan ubat Hemopathy juga. Hemopathy ni memeng dah lama dari kecil lagi aku ada ambil sebab famili aku dari datuk aku dah amalkan dan arwah pakcik aku pon doc hemopathy. Al-fatihah tok ciklan. So memang dah sebati lah sampailah ke anak no 2 aku jugak ambil hemopathy. Mak aku kata kita beriktiar yang menyembuhkan tu Allah.

Kali pertama aku kena batu karang ni tahun lepas. Mula-mula tu, satu malam ni dalam bulan ogos, aku menyusukan anak aku no 2 aku panggil dadek, terasa sakit di abdomen sebelah kanan menjalar kebelakang pedih. Tak lama. kemuadian hilang. Sekali itu sahaja. Kemudian 25/11/2016, sakit tu datang balik. sakit tapi tak hilang. Pagi tu pergi kerja taktahan sangat sampai tak boleh nak makan. makan muntah balik..Pergi klinik doc kata gastrik. Kemudian dia bagi ubat gastrik. Seumur hidup tak pernah kena gastrik.. tu la firstime.Terasa ok sikit perut tetapi sakit tidak hilang. Kemudian makan ubat tahan sakit. Rasa badan x sedap balik rumah dan rest. Kemudian dia hilang untuk beberapa hari.



29/11/2016 permulaan sakit yang tak terhingga, sampai takboleh nak tido, baring duduk, muntah2 semua yang masuk keluar balik, perut teramat pedih. Pukul 4 pagi mintak suami hantar ke hospital selayang, sebab tak tahan sangat, mata dah berat tapi sakit, tak boleh baring duduk pon sakit jugak.. sampai hospital pagi tu dok kata gastrik jugak. Masuk air drip..ok sikit doc bagi makan ubat gastrik. Dan ubat tahan sakit... then balik.. hilang sakit untuk beberapa hari..
Kali ke dua sakit datang balik.. pergi sekali ke hospital die suspek batu karang.. takder apa dari doc, just bagi ubat jer. Bagi ubat then balik.. baik sekejap.

Kali ke 3 pergi ke hospital.. sakit sangat.. bagi ubat tahan sakit masuk mlalui line..


ambil ubat then balik.. tapi kali ni die kejap je ok then sakit balik malam tu .. makan ubat pon  tak jalan. Muntah2 sampai kosong perut.. automatik kena gastrik skali.. tak tahan sangat g hospital kali ke 4.. 17/12/2016 pukul 4 pagi, husben dah bising-bising sebab bagi ubat tapi tak selesai jugak.. still datang sakitnya.. makin sakit. then doc suh cek darah.. result nya tgk hati ada prop.. kena tahan wad.. masuk air.. sakit kurang sikit tapi still sakit jugak.. kol 8 pagi pakar hati datang check..

Soalam pertama doc hati tanya.. ada makan ke suppliment or jamu.. aku ni mana suka makan jamu or supplement ni.. die kata dari ujian darah darah kurang ke hati.. so kena tahan wad nak tau punca.. takut hati prob.. dah takut dengar.. tawakal harap takder serius..


      gambar kat wad kecemasan zon kuning masuk drip lega sikit, still sakit


Bersambung Part 2


cerita lebih lanjut tunggu part 2.. banyak kerja nak buat nie

No comments:

Related Posts with Thumbnails
blogger web statistics