hit my page

Free Hit Counter

Thursday, February 16, 2012

rutin ku

Rutin harian aku sebagai seorang isteri ader lah bangun pagi dan masak untuk bekalan suami makan tengahhari.. almaklumlah aku nie kawen bukan dengan ornag kaya pon so. bagi aku bawak bekal nie lebih menjimatkan n makanan lebih bersih sbb ko tau ko yang masak kan. dan yang lebih penting ko tau makanan tu mesti lah sedap takder tawar lebih..

so aku ni masa zaman anak dara manerla ader nak bangun pagi2 nak masak.. jang haraplah ko nak nampak batang hidung aku kat dapur pagi2 masak. yang ader mak aku jer yang masak aku kol 10 pagi baru la nampak batang hidungtu kat daput itupon basuh pinggang lebas dah makan jer.. hehehe.

so satu perubahan bila dah kawen nie aku memasak pagi2. pukul enam aku dah masak nasik. panaskan lauk n masak lauk n masak sarapan as nasik grg ker mee or mihoon grg n bla..bla...bla..
selalunyer aku masak sebelum sebelum tue cam kol 10.00 malam tuk makan esokn bekal so aku masak lebih sikit boleh membawak ke makan malam kang.. betapa rajinyer aku nie.. tak sangka.. masa anak dara dulu tak der la arajin cam nie.. nak roboh pintu aku mak aku ketuk soh bangun tido.. hahaha

hubby aku lak jenis perut kampung so jang la ku nak minpi oder pizza ker masak spegetti ker sbb die tak makan pon. so ko kenalan masak ala2 kampung hari2 masak 2 3 jenis lauk. aku penat sbb asik masak jer n dok pening pikir nak masak aper. sek baik aku bolehlah masak sbb aku slalu masak time petang tuk ayah n mak aku makan itupon yang simple2 jer.

so hari nie aku bekalkan gulai daging n masak tumis kobis tuk bekal hubby aku.. makin bertambah buncit lah die. hahahaha...

Tuesday, February 14, 2012

happy annyversary 1st month

hari nie genab sebulan aku jadi puan.. n aku belum lagi bakal menjadi ibu.. aku suami isteri merancang sedikt untuk 2 3 bulan nie.. untuk berseronok sakan sebelum ke arah menjadi ibubapa. hehe.. mejoriti semua orang dok tanya. n sebenarnya aku belum sedia n suami aku pon belum puas lagi bermesra..n tu yang jadi cam tu.. hehe

kalau diberi rezeki alhamdulllah.. kami terima.. lagi pon kami bukan merancang sangat. just enjoy dulu. hidup berdua. then dah stabil dari segi kewangan baru kami melangkah ke satu tapak yang baru.. jd parents . doakan yer semua baik2 belaka.

kehidupan lepas dah berkahwin nie mmg seronok.. macam2 yang yang boleh buat bersama. walaupon penat n kadang2 tue rasa cam tak cukup tido jer sebb kerja ot malam. tapi tetap menyeronokkan .. kalau dulu mak ader kalau ader masalah skrh nie ader suami. rasanya lein benar.tapi aku tetap sama. cuma berubah sidikit jer..

harap perkahwinan nie kekal sampai akhir hayat aku suami isteri. dikelilingi anak2 yang soleh dan soleha... amin.

Thursday, February 9, 2012

happy bday Qhiee

salam..

Dah lamer aku tak berbloging nie.. almaklumlah aku bz selepas update terakhir aku. sebok meyiapkan persiapan terakhir aku nak bergelar Pn. Pada tanggal 14 Jan lepas, telah menjadi sejara bagi aku dan merubah kehidupan aku sepenuhnya dan melengkapkan hidup seorang lelaki. Kini aku dah sah menjadi seorang isteri. harini aku dah menjadi isteri selama 25 hari dan aku rasa bahagia sangat.

hari ini merupakan hari Lahir aku. Kali pertama kau sambut sebagai seorang isteri. tentunya sambutan kali nie ader la yang berlainan. seperti selalu kalau sebelum kawin abg akan kol n nyanyikan lagi befday tok aku.. tapi kali nie abg nyanyikan dihadapan aku tepat jam 12 thmlm.. so sweet sangat . terasa berlainan sekali..n tak lama selepas tue aku dapat hadiah darinya.. hehehe hadiah dr seorg suami kpd isterinya..hadiah kasih sayang..hehehe..

sepatutya abg nak bawak aku sambut di luar.. disebabkan malam td mak aku tinggal berdua dengan adik aku.. makan aku terpaksa tidor dirumah mak sbb ayang aku outstation sampai sabtu nie.. sbb kesiankan mak sunyi makan aku suami isteri balik kampung lah.. hehehe macam jauh sangat jer kampung aku tue..

so malam nie abg akan celebrate befday aku.. hm aper agaknyer yer..

P/s: seronok betulah kawen nie..lagi2 time projek usahasama tue. syiok. pada mereka yang belum berkahwin cepat@ lah berkahwen yer. mmg seronok n bahagia ~lalala

Monday, December 12, 2011

Isnin 12/12/11

Hari nie genab 1 tahun aku bertunang..


Happy annyversary..

semoga Allah permudahkan segalah urusan ...moga pertunangan ini kekal hingga ker gerbang perkahwinan.. amin.

Tuesday, November 22, 2011

Garuda mati kena baham dengan harimau malaya

garudah akhirnya tewas pada harimau malaya... tue la main tipu, jahat.. kan dah kalah padan muka.. nak menang cara bacul... doa banyk2 pon depan gol tapi kalau dah salah dan tak berkat takan manang gak..lepas nie pemain- pemain garuda boleh lah belakon sinetron bergandingan dengan miyabi dan dibantu dengan cut tari dan luna maya sinetron padang bolaku gelora bong karno hahahaha..

hahaha.. what a losssser...

Friday, November 11, 2011

11.11.11

kalau ikutkan perancangan awal patutnya aku kawen pada tarikh nie. tapi mungkin takder rezeki maka tak beralihlah tarik kawen aku..

tapi yang lebih penting esok..12.11.11 ..penting sbb hadiah ader lah special skali.. nak tau aper die tunggu..


kita hanya merancang tuhan yang menetukan.

Friday, November 4, 2011

Raya...raya

Hari raya haji 2 hari lagi. tahun nie keluarga aku x balik kg. Tahun nie raya di kl jer lah. So macam biasalah kalau aku raya kat kl nie aktiviti aku hari raya akan jd macam selalu.

Malam raya aku akan tido lambat sbb ader cerita besh-besh. Bila dah tido lambat, bangun mesti kena awal kan tapi susah nak bg la jawapnyer sbb aku ni kaki tido. bangun padu masak2, kemas rumah dan lain-lain. Lepas sembanyang raya aktiviti aku akan kembali tido semula. mgantuk semalamkan tido lambat. Agak2 kol 11.30 bangkit balik g masjit tgk org korban lembu. Selalunya awal2 jer aku tgk dan tengah2 tu aku balik sambg balik tido. Agak2 dengar mak atau makcik aku menjerit suh ambik daging baru bangun, tapi itupon kadang2 adik aku yang ambikan. kendian sambung balik tido. Bila malam dah tak leh tido men games la sampai ngantuk. Tapi jangan risau akukan kuat tido paling koman pon kol 1 aku mesti dah ngantuk kalau aku dah tido siang. hahaha.

tahun nie disebabkan aku beraya kat kl. so aku ajaklah tunang aku raya ngan aku. lepas sembayang raya datang umah aku g tgk lembu sesama. tapi die tanak nak datang petang2, maner ader orang datang petang raya. Lembu pon dah habis potong. Kalau petang2 datang baik tak yanh datang raya cam tue, jalan jalan lg bagus.

So sedeh lah sekali pon tak leh datang raya umah aku dulu. aku pon nak raya dengan die masa tunang nie sesama. dah lah raya haji aritu aku raya perak so tak dapat raya sesama. so kali nie nak la die raya ngan aku pagi raya. tu pon tanak. takper la dah tanak aku malas nak paksa. aku pujuk2 pon tak mau. Tak perlah ikut suker lah. Tapi mmg aku terasa lah sikit.

orang nak kita ikut cakap mereka tapi belum tentu mereka nak ikut cakap kita. rambut sama hitam hati lain lain.

Thursday, November 3, 2011

Musim Mengawan

Tak sangka pulak aku update blog hari- hari pulak sekarang nie. Mungkin sebab opis aku nie bg kebebasan berinternet sementara nie. Esok-Esok kena blok balik berabuklah balik blog aku nie.

Seminggu nie kl musim ujan. Kalau bagi golongan yang dah berkahwen musim ujan ni juga dikenali musim mengawan. Bagi warga emas musim anak-anak gatai nak kawen. Bagi kanak-kanak musim begembira. Dalam musim kali nie nampaknya aku pon terlibat lah. Dah sampai masanyar aku menukar gelaran menjadi Pn. kenapa pulak lelaki tak bertukar gelaran, masih lagi En. walaupon dah kawen, tak adil sungguh.

Bila dipikir-pikir seram sejuk pulak. nak hidup berkeluarga nie. Almaklumlah aku nie maner la pandai nak berdikari. Dari kecik sampai lah kebesar dok dengan mak bapak. Hidup senang lenang. lepas nie kena la aku berdikari. Mampukah aku nak buat semua nie. Kalau dulu ade mak n ayah yang jaga aku tapi nanti aku pulak kena jaga laki n anak2 aku. Ah.. pening lah.

Tapi kena lah yakin yang aku mampu. Insyaallah aku dapai harungi semuani dengan baik. Sbb aku dapat tunang yang sangat baik dan rajin. Sebb tue aku pilih diea. Tak kaya, rupa ok tapi hati baik dan rajin. Cuma diea jer la kena sabar ngan aku nie. Tak bersabar punya budak, kuat merajuk dan mengader2. Hahaha..

"Cinta itu seronok dan indah bila kita sama-sama iklas mencintai pasangan kita. Terasa kebahagiaanya."

Riwayant bucuk masyam ku

Wednesday, November 2, 2011

Mc D di pagi hari

Pagi nie aku makan sarapan Mc d..bukan aku neli Mc d breckfest tapi mc d semalam aku tak habis makan sebb makan kentang grg n Mc bittes banyak sangat. Orng belanja.. kalau aku yang beli tader la banyak macam tue.

Masih pening lagi mencari rumah kat kl nie. Payah betul lah kalau cam nie, atau pon aku nie yang mmg tak pandai cari rumah. Maklumlah sepanjang hidup aku nie maner penah duduk rumah sewa. Balik -balik rumah aku tu jer lah. Famili dahduk kl buat aper sewa rumah lain kan rugi jer tue. Semua di tanggung so duit gaji tue boleh lah di buat beli benda yang tak berfaedah kan. Mmg sungguh bertuah dapat anak macam aku nie.

Sekejap jer dah masuk bulan 11. Cepat masa berlalu, risau pulak. benda kecik2 pon boleh jadi risau dan marah. Harap semua sementara jer.

Org tue2 kata masa bertunang nie lah kita akan dapat lihat perangai sebenar pasangan kita yang tak ditunjukan masa bercinta dulu. Lagi lama bertunang lagi banyak dugaan.

Tuesday, November 1, 2011

Rumah sewa

Aku bab-bab nak mencari nie lah yang paling malas. Giler sumpah susah nak cari rumah yang berkenan dan menepati budjed kat kl nie. Risau lak , kang lepas kawen nie nak duduk kat maner. Takan duduk rumah mak kot tak bebas lah nak buat aper nanti. cari rumah yang ok-ok dengan gaji
bucuk aku. Gaji bukan nyer bersr pon takat 4-5 rat sewa tue mampu lah.

Sekarang dah nak 3 minggu aku dok mencari, semua ader jer orang. yang ada pon bab tinggi2 ader lah. jenuh aku nak memanjat. elok beluk kawen gemuk dah kawen kang kurus lak. Kang orang kata laki aku tak bagi makan lak.

Skrang ni masa- masa aku pening. Banyak benda nak kena buat, yang remeh-remeh tue lah yang paling memeningkan. Jangan nak gelak-gelak, nanti korang pon akan lalui jugak.

Kalau der info2 rumah kosong area kl ni, jangan lah segan- segan info kat aku.

sekian terima kasih.

Pekara yang remeh tue lah yang paling memeningkan kepala.
Related Posts with Thumbnails
blogger web statistics